Friday, April 13, 2007

AF5 Minggu 5 Hari 5

AF5_5_5_1 (recommended)

SARAPAN

*sampai je akademi aswad pi kt mr cam wat ucapan thanks pada pengundi2 dia
*pas tu rizal lak buat ucapan untuk mak, abah n famili2 dia. tapi pas tu dia kena marah dengan abg asrul sbb x pakai mic. ebi kata lepas ni lupa pakai suar dalam lak.
*dekna cakap hari ni hari jumaat so dia kena sopan sket. pas tu abg chadd sindir dekna masa last 2 weeks jumaat masa guys kalah dengan diorang, dia ada suh guys menari seksi2 sedangkan diorang pakai baju melayu lagi.

KELAS WARM UP VOKAL

*abg chadd ucap tahniah sbb girls datang awal hari ni. selalunya diorang datang bila guys tengah sarapan.
*abg chadd tegur pasal diorang ni suka main2. dia tegur pasal rizal tinggal mic. pas tu dia sound pasal bilik vokal bersepah bila diorang guna. sama jugak dengan meja makan.
*then abg asrul pun bising pasal botol mineral bersepah2. dia lantik ebi & heliza sbg ketua lelaki n ketua pompuan untuk check pastikan kebersihan akademi sebelum diorang balik.
*pasal rizal tak pasang mic pagi td, dia kena denda ketuk ketampi 20x
*masa warm up, diorang kena jalan and ucap selamat pagi pada kawan2 dengan guna expression muka tanpa bercakap.
*pas tu diorang kena jadik patung n robot. sapa yang jadik patung teruk kena bentuk dek robot. mila memang kelakar. pas tu diorang tukar turn, sapa jadik robot kena jadik patung lak. diorang buat ebi sampai tertonggeng. heliza pulak kena bungkus kepala dia. heliza dengan dekna kena jadik macam patung pompuan yang tengah berebut laki.
*pas tu diorang buat arca dari candy, rizal, mila, shawal n aizat. diorang kena buat macam tugu negara.
*then tukar turn pulak. yang grup tadi lak balas dendam. aswad n ebi kena pakai selendang. memang lawak. bila release je diorang kena berlakon pulak.
*pas tu bila tukar turn, shawal n aizat kena buat aksi menembak. siap ada ikat kat kepala macam rambo. candy pulak macam bini yang tengah pukul laki dia.

af5_5_5_2 (recommended)

(sambungan kelas warm up vokal)

*lepas berlakon, abg chadd suh diorang sume tido. si dekna n candy siap peluk2 lagi.

*masa baring tu, dekna citer dgn candy pasal dia tension dengan lagu dia. diorang berdua ni dok bisik2 so x dpt dgr apa yang diorang dok ckp.
*then masa baring tu jugak, candy pandang gambar mawi kat dinding n ckp "hai mawi, i love u!"
*candy cakap guys kat sini x de sapa yg dia rapat sejak farha kuar. dafi tu dia anggap mcm adik dia sendiri walaupun umur dekat sama. dekna kata dia pun happy dengan dafi. candy cakap jgn sampai dia jatuh cinta dengan farha. dekna kata jodoh di tgn Tuhan. dekna kata tak apa kalau jatuh cinta tapi kena pastikan belajar betul2 kat sini dan jadi diri sendiri.

*kat meja makan, shawal citer kt kak sherry pasal bengkak kat bawah ketiak dia. kak sherry kata mungkin sbb urat tersimpul. shawal kata dia memang dah lama kena macam ni. dulu selalu dia pegi urut dgn atuk dia bila sakit kat situ.
*kak sherry suh diorang pegi kat bilik confession n bgtau sapa yg diorg rindu kalau terkeluar dari AF.
*shawal citer kat aswad apa yang dia nak buat untuk performance dia. aswad citer dia nak cuba bawak lagu p ramlee. pas tu aswad nyanyi lagu seni berzaman n lagu ahmad jais (tatau tajuk).

*rizal prektis lagu dia kat bilik vokal dengan abg chadd. not bad la bila mamat ni tarik part tinggi tu. abg chadd cakap ada lirik dia tersalah.
*pas tu shawal lak prektis lagu dia kat bilik vokal. siap gelek sorg2. abg chadd cakap part rap tu kena jaga bhg tempo. pas tu nampak semput.
*dekna dok kat depan tv kat dancefloor. pas tu kak sherry datang slowtalk, tanya pasal naper dekna nampak macam bermasalah je. dekna nampak berat hati nak cakap dia ada masalah dengan sapa. pas tu dekna citer pasal lagu dia. dia tanya apa pandangan kak sherry dengan nyanyian dia. kak sherry kata diction dekna much better dari heliza.
*rizal borak dengan candy. dia citer dia cepat down tp dia cuba perbaiki kelemahan dia, esp bab pitching.
*candy citer dengan rizal pasal dekna tension. candy kata rizal macam dah berubah dan x mesra dgn dekna lagi. rizal cakap minggu ni dia cuma bz sket sbb dia pun tension dgn lagu dia. rizal ckp dia bukan x suka dekna, tp dia kena fokus nak perbaiki kelemahan dia.

af5_5_5_3 (recommended 20min above)

KELAS MOTIVASI

*dr love citer pasal anjing yang mati kat padang pasir sbb tahan kencing sbb tak jumpa pokok. moral of the story - kena berubah ikut keadaan, kena peka pada perubahan.
*dr love suruh diorang anggap konsert esok sbg konsert terakhir diorang.
*dekna cakap persiapan dia 85%. candy pulak 70%, cuma feel belum dapat cukup lg. ebi dah ready 100%. shawal kata dia nye 89%, dia ada masalah lirik n gelek. rizal 85%, msalah pitching nak kena betulkan. dr love kata sapa yg below 80% kena kerja keras sbb ada brape jam lagi tinggal utk konsert.
*dr love suh setiap orang bagi ucapan jika tersingkir.
*dekna mintak maaf kat heliza pasal x brp rapat dengan heliza selama ni. dia dulu ingt heliza ni selfish, tp sbnrnya heliza ni kerja keras n tolong kawan2. dekna mintak maaf kat rizal sbb apa yang dia cakap sumpah suka dengan rizal tu maksudnya suka tak lebih dari kawan (dekna citer pasal apa yg jadik masa dia cakap sumpah tu).
*rizal pulak bg ucapan. rizal mengaku dia rapat dengan dekna. dia memang suka pada dekna sbb dekna ni mukanye kiut, karakter dia lain dr yg lain. rizal cakap dia mintak maaf sbb minggu ni kalau dia masam muka sbb dia mmg tension dgn lagu dia. dia cakap thanks kat shawal sbb bnyk tolong dia. dia suka aizat sbb mature walaupun umur muda. aswad dah macam abg long dia.
*then shawal punye turn. dia cakap candy suka tekejutkan orang. heliza pulak terlalu senyap, kena banyak bercakap. utk mila, jgn nakal sgt. shawal kata aizat pun tak macam umur 18, pandai bawak diri. untuk aswad, jangan fikir sangat nak kena keluar atau tak sbb AF ni tmpt utk belajar. untuk dafi, kena buat the best untuk mantapkan vokal. untuk rizal, jgn cepat down. ebi pulak kawan rapat shawal, geng kentut dia. untuk ebi, biar lebih selamba.
*then dr love tanya shawal apa perasaan shawal pada noni. shawal kata dia mmg rapat dgn noni, dia mmg frust bila noni kuar tapi dia tau mmg lumrah AF akan kuar gak lambat laun. dr love tanya shawal sayang noni x, tp shawal tanak jawab (siap tukar topik lg)
*candy buat ucapan. dia kata dia sayang sangat2 kt farha, terasa kehilangan bila farha takde. dia sayang farha as a fren n macam abg. dia citer dia mmg selalu curi2 menangis sejak farha x de. lagi satu dia sayang dafi n dekna sbb dah macam adik bradik dia sndiri. dia mengaku dia sgt2 bahagia di AF. candy mintak maaf dengan heliza sbb dulu dia x kenal heliza ni mcmana. candy rasa dafi ni pulak funny sangat.
*aswad pulak anggap diorg ni mcm adik2 dia. dia ckp mcmana dia dalam AF, mcmana tu jugak la dia kat luar. dia mmg suka menyendiri tp dia bukan sombong. dia x de adik, so dia x tau nak layan diorg mcmana. dia nasihatkan orang jgn over, wlaupun kata itu karakter masing2 (dekna n candy terasa masa ni, tp aswad kata dia cakap tu general. diorang dok push aswad cakap sapa yg dia maksudkan, tp aswad tetap kata nasihat tu untuk general). then ebi kata "sapa makan lada, dia akan terasa pedasnya". untuk dafi, aswad pesan kena kuatkan semangat. untuk rizal, kalau boleh kena bercampur dengan semua.

af5_5_5_4 (recommended)

(sambg kelas motivasi)
*dafi cakap karakter dekna ni mmg betul2 unik. dekna straightforward tp x sakitkan hati sume.
*heliza cakap sikap dia mmg susah dia nak explain. dia boleh jd sgt2 pendiam, sgt2 pemalu n sgt2 byk bercakap. dia boleh fhm kalau org kata dia sombong, tp dia perlu masa nk sesuaikan diri.
*aizat kata kalo dia terkeluar dia nak diorang sume all out, sbb dia tau masing2 ni sume dahsyat2. dia nak sume bila keluar akan jadik artis. untuk aswad, jgn terlalu senyap tp overall aswad ni gile sket. untuk dafi, kalau boleh jgn manja sgt n kena kluarkan lagi bakat yg ada. mila pulak sweet n talkative mcm kak ogy. dekna jgn buat muka dalam kelas cikgu shafi sbb nmpk mcm kurg sopan.
*ebi cakap satu hari aizat akan jadi org yg terkenal, asalkan kena maintain. untuk aswad, jgn terlampau down n up sket. untuk rizal, bila mlm2 tu kurgkan menyanyi kuat2. untuk shawal, kena kurgkan geram2(?). ebi kata dia selalu kentut tu maybe sbb makan yg sedap2 kat sini. satu hari sampai 80x kentut (haha).
*mila cakap dekna kena maintain perangai dia yg gila2 tu. untuk candy & heliza, jgn suka ajak dia makan malam sbb kata nak diet. untuk dafi, dia kata dafi mmg kiut. untuk aizat, mila kata dia suka aizat ni jujur orangnya tp bila tegur tu kena tgk jugak cakap dgn sapa sbb ada yg jenis terasa dgn cara aizat ckp.
*then aizat tambah tegur pasal sapa yg suka berbisik2 tu sbb tak elok bila org lain pandang.

Labels:

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

TQ SK utk ulasan ini, terubat rindu dgn cerita Ebi,Shawal dan Noni.

6:14 PM  

Post a Comment

<< Home